NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 7, 2010

SIAPALAH KITA....

Saya terkedu apabila menerima panggilan telefon dari ibunda tercinta. Tidak salah seorang ibu menelefon anaknya, tapi yang membuatkan saya terkejut apabila saya menanyakan kenapa ibu menelefon saya? Selalunya saya akan menelefon ibu... apa yang keluar dari mulut seorang ibu tua? Ibu rindukan anaknya, sebab itu ibu menelefon saya. Subhanallah.. Begitu sibuknya saya sehingga terlupa ibu tua di kampung...ibu, ampunilah anak mu...yang bagitu sibuk sehingga terlupa akan diri mu... Semoga Allah tidak meletakkan murkaNya ke atas hambaMu ini.

Dalam Islam, kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, sekarang ini acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua,

Nilai-nilai rohani yang kita amalkan sejak kecil lagi seperti menghormati orang tua, meminta izin untuk melintas lalu, meminta izin untuk pergi ke mana-mana, memulakan menegur sapa orang tua, menjenguk orang tua dan pelbagai lagi. Tapi yang ada menjadi amalan ialah orang tua pula yang menegur sapa, orang tua pula yang menjenguk anak-anak dan jikapun hendak melintas lalu terus saja 'membelah majlis' tanpa meminta sebarang keizinan

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute