NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 8, 2010

Sg Apong




Kampung Sungai Apong yang mempunyai keluasan 1,365 ekar. Dahulunya kampung ini adalah merupakan kawasan di bawah pentadbiran Kampug Parit Baharu.

Disebabkan kampung ini baru diwujudkan jawatan Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK telah dipangku oleh Ketua Kampung, Kampung Sungai Tengar Utara, Encik Jamian Bin Rais selama setahun. Dalam bulan Mac 1973, Encik Marjuki Bin Pinggir telah dilantik sebagai Ketua Kampung Percubaan, dan pada 20/08/1976 beliau telah menerima tauliah sebagai Ketua Kampung merangkap pengerusi JKKK yang berkuatkuasa mulai 05/07/1976. Dengan itu, rasmilah Kampung Sungai Apong yang diberi taraf Kampung Tradisional, wujud sebagai salah satu daripada kampong-kampung yang ada di Mukim Bagan Nakhoda Omar dalam daerah Sabak Bernam.

Nama Kampung Sungai Apong mengambil sempena daripada kedudukannya yang berhampiran dengan pantai yang kerapkali ditenggelami air. Selain itu, menurut cerita orang-orang tua, kampung ini mendapat nama sempena dengan terjadinya peristiwa di mana sebuah kapal Jepun yang ditinggalkan terapung-apung di muara sungai sewaktu Perang Dunia Kedua.

masjid al-rahman kg sg apong

Kampung ini terletak di penghujung Utara negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Kampung Teluk Rhu di sebelah Timur, Laut China Selatan dan Kuala Sungai Bernam di sebelah Barat, Kampung Teluk Belanga dan Kampung Parit Baharu di sebelah Selatan. Jarak kampung ini dari pusat pentadbiran daerah Sabak Bernam, di Sungai Besar ialah 25 kilometer dan Bandar terdekat ialah Pekan Sabak sejauh 15 kilometer.

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute