Ramai umat Islam yang tidak tahu tentang pembahagian harta pusaka dalam Islam yang dikenali dengan Faraid.
Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH. Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan”.
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya .Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
Peringatan
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
- Memakan harta anak yatim
- Memakan harta saudara-mara
- Memakan harta Baitulmal
Inilah satu-satunya harta pusaka tinggalan
Jepun yang masih ada .....................
0 comments:
Post a Comment