NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 8, 2010

Nasi Ambeng

Hidangan Nasi Ambeng dalam majlis khenduri di Kg Parit Baru baroh

Ayam masak kicap telah siap dipotong, tahlil dan doa pun dan settle..

Apa lagi potongle... Satu talam untuk 4 orang

Dah siap bungkus dengan daun pisang n masukkan ke dalam beg plastik

Masa saya kecik-kecik dulu nasi ambeng dibungkus dengan daun pisang.
Nasiblah bagi orang yang tak pandai nak melipat daun pisang tu.
Silap-silap sampe rumah makan daun pisang aje. he he he.
Tapi sekarang sudah moden, main pakai sumpit gelenya
( bahsa kelate ) je

Dah selesai semua nye. Boleh, boleh, boleh blah le..... he he he

NASI AMBENG JOWO SABAK

* Masyarakat jawa adalah sebilangan komuniti masyarakat Melayu Malaysia yang pada asalnya berasal dari Tanah Jawa Indonesia sekarang menjadi Rakyat Malaysia , turun temurun dan beranak, cucu, cicit.

NASI AMBENG adalah tradisi makanan masyarakat Jawa apabila mengadakan kenduri sambutan kelahiran, doa selamat atau Arwah.

NASI AMBENG di letak dalam sebuah dulang besar ( Talam ) dengan di hiasi lauk aslinya yang terdiri daripada serunding, ikan kering dari jenis bulu ayam ( GEREH BULU AYAM ) kacang tanah, sambel goreng dan lauk utamanya adalah ayam kukus atau daging ayam masak kicap
( ENGKONG ). dan sayuran kacang panjang.

Bagi sedulang nasi ambeng biasanya untuk keperluan 4 atau 6 orang tetamu. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga. Bahagian ini disebut
Pancal - ( Membahagi nasi ambeng )

Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat . Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.

Tetapi kini akibat transformasi permodenan sudah terlalu banyak teknik dan gaya Nasi Ambeng diubah suai termasuk tradisi majlis . Segalanya akibat ikut-ikutan yang kurang releven. Konsep pemuafakatan dan persepakatan kian pudar dan pupus. segalanya kerana inginkan sesuatu yang pantas dan berjenama, tetapi sebenarnya ia mengorbankan positif value sesuatu masyarakat, komuniti itu sendiri secara keseluruhannya.



uenak mbanget lo..................

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute