NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

May 5, 2010

Ego memang menyusahkan orang..

1. Diberi jawatan, dia rasa terhibur.

2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang.

3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya selalu kasar.

4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat

5. Emosional dan mudah tersinggung.

6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya
nampak lebih tertonjol daripada orang lain.

7. Mudah marah, cepat melenting.

8. Payah menerima pandangan orang lain.

9. Dalam majlis,tidak senang bila orang lain memberi
pandangan.


10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain.

11. Suka memperkenalkan diri sendiri drp memperkenalkan
pemimpin dan jama’ahnya.

12. Suka pandangannya sahaja diterima.

13. Lebih minat berkawan rapat dengan orang lain daripada
anggota jama’ah.

14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.

15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh
dicabar pasti tercabar

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute