NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 7, 2010

Pekan Parit Baru

Dahulu ia merupakan sebuah terusan yang menjadi jalan utama perhubungan dan pengangkutan dan kini telah dibina longkang batu


Selamat datang Ke Kg Parit Baru


Masjid Al Ma'arufiah Parit Baru

Klinik Kesihatan

suasana pekan Parit Baru waktu pagi ( 2010 )


Pekan Parit Baru ( 1980 an )

Pekan kecil ini terletak kira-kira 15 km daripada Pekan Sabak yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Dikelilingi kebun kelapa, kelapa sawit dan pisang, pekan ini menjadi tumpuan petani dan pekebun kecil bagi mendapatkan barang keperluan asas mereka. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam dari keturunan Jawa. Terdapat juga penduduk Melayu dari suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Terdapat sedikit kaum Cina yang kebanyakannya menjadi nelayan, peraih dan peruncit. Kegiatan ekonomi lain ialah menangkap ikan.
Meskipun jauh terpencil namun di sinilah terletaknya beberapa institut seperti Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Politeknik Sultan Idris, Pusat Latihan Perakaunan Negara, dan Sekolah Integrasi. Sejajar dengan penyusunan semula masyarakat dan pertempatan, satu kawasan baru untuk aktiviti masyarakat telah dibuka di Tanah Lesen, kira-kira 1 KM daripada pekan lama.

Terdapat dewan, pasar, bangunan kedai dan kemudahan rekreasi di situ. Selain itu tapak
pekan sari yang asalnya diadakan di tepi jalan raya juga telah berpindah ke Tanah Lesen tersebut.

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute