NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Nov 19, 2010

Tinggal kenangan.....

Hari ini genaplah 1 minggu kembalinya ibu tersayang ke Rahmatullah. (11.11.10 jam 9.25 malam)

Semua pelusuk rumah terasa amat sunyi.
Terngiang-ngiang akan suaranya dan terbayang=bayang akan wajah syahdunya.
Walaupun cuma ibu mertua tapi ku anggap bagi ibu sendiri......

Saat-saat akhir pemergiannya... terbayang oleh ku sewaktu kami sama-sama ke Mekah menunaikan fardhu haji..Setiap hari pada jam 9 pagi aku dan isteri akan membawanya ke Masjidilharam (berkerusi roda ) bagi memberi peluang kpd ibu menunaikan solat-solat sunat dan membaca a-quran di hadapan Kaabah.
Isteriku sentiasa sabar mengurus,membantu dan melayan ibunya dengan tidak mengira waktu dan ketika. Ibunya dilayan bagikan anak kecil... mandi, wudhu, pakai baju, pakai telekung, paki stoking, pakai kasut. 

Semua hanya tinggal kenangan......
kini.......... nak panggil IBU/EMAK kat sapa hah.......
dah tak dapat pahala terpijak lagi...... ( pandang wajah ibu pahala... salam ibu pahala.... cium tangan ibu pahala.... SEMUANYA PAHALA... kata ustaz2 lah)
Wahai anda di luar sana yang masih mempunyai ibubapa... jaga, layan,hurmatilah.... sementara mereka masih bernafas..

Ibu .. kami benar-benar kehilangan mu..
Tapi kami REDHA...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempat di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah....... AL-FATIHAH.......

Kewajipan Berbuat Baik kepada Ibu Bapa
  1. Firman Allah: Ertinya "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkan dengan kelemahan (dari awal mengandung hingga lahir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya selama 2 tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapa mu. Kepada Aku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Lukman, ayat 14).
  2. Allah melarang menderhakai kedua ibu bapa. 
  3. Firman Allah: Ertinya "Maka janganlah kamu kata pada mereka (Sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah kamu menyinggung perasaan mereka dan katalah kepada mereka perkataan mulia (bersopan-santun)." (Surah Al-Israq Ayat 32). Kita hendaklah memuliakan kedua orang tua, berakhlak baik dan beradab ketika berhadapan dengan mereka.
Cara Beradab dengan Ibu Bapa:
  • Taat kepada perintah dan apabila diminta pertolongan segera menolong.
  • Bercakap dengan ibu bapa dengan suara yang lemah lembut, suara yang rendah dan bahasa yang halus.
  • Berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan kita.
  • Tidak meminta sesuatu daripada mereka dengan cara paksa lebih-lebih lagi mereka tidak mampu memberinya.
  • Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amaljariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya. 
Firman Allah: Ertinya ' 'Dan hendaklah engkau merendahkan diri pada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangnya dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-israq, ayat 24).




0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute