NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 18, 2010

Hutan Bakau



Sungai yang hilang.... itu kot agak berpunca nama SUNGAI LANG

Hutan Bakau

hampir keseluruhan tepian pantai dari kg Teluk Ru, Sg Apong, Sg lang, Parit baru Baroh, Sg Tengar dan Sg Air Tawar ditumbuhi pokok kayu bakau bersaiz kecil dan sederhana. Tapi sayang.. ekosistem ini sebahagiannya telah musnah dek aktiviti penternakan udang.

Hutan bakau merupakan tempat tinggal lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Antara spesies utama yang paling dikenali adalah api-api ludat, bakau minyak, bakau kurap, perepat dan berus tumu.

Hutan bakau menyediakan ekosistem yang mengagumkan. Hutan yang terletak di antara laut dan darat itu mampu menstabilkan pesisiran pantai, tebingan sungai dan dapat memberi perlindungan kepada tebing dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Tumbuhan berakar ceracak itu sebenarnya bersifat dinamik.

Hutan bakau berfungsi untuk menyerap tenaga ombak yang membadai daratan. Konsepnya serupa seperti jalan yang mempunyai bumper bagi memperlahankan kelajuan kenderaan. Tetapi, perlu difahami bahawa hutan paya bakau tidak mengurangkan jangkauan ombak ke daratan, sebaliknya ia hanya mengurangkan tenaga pukulan ombak. Jangkauannya adalah bergantung kepada topografi kawasan berkenaan. Hutan bakau mampu menyerap 70 hingga 90 peratus tenaga ombak biasa dan menyerap 30 hingga 40 peratus tenaga

Lokan


Ketam Nipah

Siput Sedut


Jom cari siput sedut ( siput belitong ), ketam nipah n lokan kat perdu pokok kayu bakau nih..
Hati-hati ada ular kapak yang amat berbisa..

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute