NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 18, 2010

Bakau oh bakau


Teringat masa kecik-kecik dulu ( sekitar tahun 60an sekitar darjah 4 hingga 6 ) masa tu mana ada dapur gas atau letrik, yang sudah barang tentu ialah dapur kayu.

So bila hari minggu naik basikal bawa kapak gi ke tepi hutan nih. tebang pokok kayu lebih kurang 10 kaki ( 10 hingga 15 batang ) gantung kanan-kiri basikal n tolak balik ke rumah. Bayangkanlah menojang +- 3 km. Sampai rumah dikerat sepanjang 2 kai setiap satu kemudian dibelah dua atau 4 dan sisusun bersilang supaya kering. ( payah nak cerita sebab sekarang dah tak ade )

Lepas 1 bulan bolehle emak guna untuk masak nasi, goreng ikan, masak bubur kacang, goreng ikan masin gelama kepala batu ( makan ngan pulut... fuyoooo bestnye ) etc etc etc......... meleleh air mata bila terkenangkan zaman itu. Semuga Allah menerima sepercik baktiku kepada arwah ibu-bapa ku.

Anak-anak sekarang tak merasa itu seme.....
So banyak-banyak bersyukurlah wahai anak-anak ku semua..

1 comments:

aitotyati said...

salam ayah,

saya pernah ikut embah lanang(yg kt perak) g carik kayu api. potong n susun mcm ayah cerita dlm blog ini. bila sy dah tingktn 2 baru umah mbah pakai dapur gas.
so saya berpengalaman jugaklah memasak guna kayu api ni. tapi tu pun kalau blk perak le (^_^)

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute