NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 10, 2010

Iwak Kutok

Dah hampir setahun wa tak gi menggewang... macam berkarat je mata kail tu..
entah kenapa tetiba aje teringat nak try balik. Wa pun rembat joran, gosok-gosok n jampi-jampi sikit, pastu beli umpan. Jam 11.00 pagi, bawa air masak sikit, rembat motor kapcai and jadi bangau le.....
lepas satu setengah jam alhamdulillah rejeki betul... naik 11 ekor ikan haruan. macam tak percaya aje.. Rejeki Allah bagi..Amin



sesiapa yang terdesak nak ikan haruan untuk buat ubat... operation ke , bersalin ke, boleh je
harga toksah risau... gerenti lebih murah dari kat paso.

sedikit maklumat pasai haruan ( kutok )

Haruan adalah salah satu ikan air tawar yang dijadikan makanan di kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Adalah dipercayai bahawa haruan berkhasiat menyembuhkan luka-luka terutama selepas pembedahan dan bersalin. Kajian telah dilakukan di Jabatan Sains Bio Perubatan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor menunjukkan bahawa kesan antinociceptive yang dihasilkan dari daging dan lendir ikan haruan mengalakkan aktiviti komponen antinociceptive yang lain bagi mempercepatkan pernyembuhan (rujuk : Journal of Ethopharmacology, July 1997; 57 (2):125-130; August 1999; 66(2):161-166). Krim yang dihasilkan daripada tisu daging haruan juga mengandungi asid arachinodic yang tinggi, asid amino yang penting dan asid lemak tidak tepu yang menggalakan sintesis gentian collagen untul menyembuhkan luka , sama seperti Centrimide iaitu bahan antiseptik yang berasaskan ammonium. (Baie and Sheikh, 2000)

0 comments:

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute