Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air pandan
- secubit garam
- 1 sudu kecil air kapur
- sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat kacau selalu supaya tidak hangit. Sediakan bekas yang berisi air sejuk. Masukkan cendol ke dalam acuan periok yang ditebuk kecil-kecil dan tekan ke dalam air sejuk
baru masukkan santan. letak daun pandan dan garam. 2kg air, untuk 5kg santan.
3. untuk gula, sediakan gula melaka dan gula pasir. panaskan 1 liter air, 6 ketul gula melaka, dan
2kg gula pasir. juga diletakkan daun pandan. untuk menjadikan gula kelihatan pekat,
tambahkan tepung ubi.
4. untuk kacang, kacang yang digunakan adalah kacang merah jenis besar, didihkan kacang
bersama dengan seketul gula melaka. letakkan sedikit garam.
5. untuk pulut, tanak pulut seperti menanak nasi. tetapi air tidak boleh terlalu banyak untuk
mengelakkan pulut menjadi lembik. letakkan garam dan daun pandan.
6. ais yang digunakan pula adalah jenis kisar yang dipecahkan.
Dah lama tak rasa cendol buatan bibik aku.
yok nyendol yok
0 comments:
Post a Comment