NGOMONG-NGOMONG PASAL SUNGELANG

Apr 26, 2010

Ketam Nipah









kata orang.........................
Sup ketam nipah boleh meredakan, hatta menyembuhkan Demam Denggi
Dimana kebenarannya.. cubalah.

Bahan-bahannya :

  1. 2 ekor ketam (di potong 2 dan dibersihkan)
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2cm halia
  5. Lada sulah (dalam 20 ke 30 biji)
  6. Lada hitam (dalam 5 biji ke 8 biji)
  7. Kiub ayam (ambil separuh saja dari satu ketul kiub tu)
  8. 2 batang saderi
  9. 2 biji kentang
  10. Bunga kobis
  11. Sedikit minyak untuk menumis bawang
  12. 4 mangkuk air (kalau nak kuahnya banyak, letaklah banyak air)
  13. 1 sudu kecil Biji Halba (optional)
  14. Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak (pun senang banget)

Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah. Kemudian tumis dengan minyak masak. Selepas bawang dah naik bau, masukkan air. Kemudian hancurkan lada sulah dan lada hitam. Masukkan ke dalam periuk. Diikuti dengan kiub ayam dan kentang. Tunggu hingga sup menggelegak dan kentang telah empuk. Selepas kentang dah empuk, masukkan ketam. Biarkan seketika, diikuti dengan batang saderi dan bunga kobis. Masukkan garam dan gula untuk perisa. Agak-agak ketam dah masak bolehlah dimatikan api.





1 comments:

aimighazali said...

ayah nak jugak!!!

Post a Comment

SUNGELANG © 2008. Design by :WAKJOWO Sponsored by: Tutorial87 Commentcute